Thursday, 17 May 2012

baju kurung moden. :)

hasil pembelajaran dkat KEMAS, so gua terpikir la nk share cne nk wat baju kurung moden ni.. oke, gais.. cni ha. sbnanye xde la susa sgt. buat baju ni kejap je kalau nak dibandingkan dengan baju kurung. oke. kat bawah ni ade disediakn gambo tok buat pola. so, korang pepandai la nk wat pakai ape. pling kurang gune je la surat kabo tu ha pas tu selotep sikit. haha. bahasa cincai je la ye..



yg ni pola depan k.. yg lubang 2
 tu menandakan bahagian lipatan.



yg ni pulak pola belakang.

okey, meh sini eden torangkan ape ke bnde ngn num2x bagai tu. kat bawah ni ade instruction die. so, korang bole la rujuk. better korang besarkan sikit gamba tu. mne tau xjelas ke kan.. tp sblom tu, korang kne amek ukuran dulu, bg yg tak tau ukuran ape, so bole follow yg bawah ni dulu, then baru buat pola ye.
UKURAN BAHAGIAN BAJU (inci)
  1. Ukuran lebar bahu.
  2. Labuh lengan panjang
  3. Bukaan tangan lengan panjang
  4. Keliling dada
  5. Keliling ketiak
  6. Mercu ke mercu
  7. Keliling pinggang
  8. Keliling pinggul
  9. Labuh baju
  10. Keliling leher
  11. Bahu ke pinggang
sebelum tu, eden ni buat baju kurung moden yg ade lisu belakang sahaja. so ini je la yg eden mampu bole terangkan. dan berzip.


CARA MEMBUAT POLA BAJU KURUNG MODEN (HADAPAN)

0-1: ukuran labuh baju. 
0-2: ukuran bahu ke pinggang
2-3: pinggang ke pinggul (8")
0-4: ukuran bahu (bahagi 2)
4-5: 11/4 inci
6-7: ukuran dada (+2 dan bahagi 4)
5-7: keliling ketiak ( bahagi 2)
5-8: 41/2 inci (DEPAN)
8-9: 3/4 inci (DEPAN)
5-9-7: temukan
7-10: garis ke bawah.
10-11: 1"
7-11: garis
3-12: ukuran punggung (+2 dan bahagi 4)
11-12-13: garis
14-13: naikkan 1/2 inci dan bentukkan.
0-15: ukuran leher (bahagi 6)
0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1")

habis untuk pola depan.

POLA BELAKANG
oke pola blkg ni sbnanye sme je ngn depan, cume yg bezanya ialah:

  • bahagian ketiak
  • pinggang
  • leher 
  • tambah tisu
  • bhagian zip
BAHAGIAN KETIAK
5-8: 41/2 inci (DEPAN), 43/4 inci (BELAKANG)
8-9: 3/4 inci (DEPAN), 1/2 inci (BELAKANG)

PINGGANG
bahagian pinggang ni xsme dgn yg depan. yg blkg ni guna ukuran sebenar pinggang, means [ukuran pinggang +2 bahagi 4]. bagi yg nak tmbah LISU, kne tmbah SEINCI. 

LEHER
bahagian leher ni lg xbyk beza. tukarkan je yg ni...
0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1") ---> SEINCI SAHAJA.

TAMBAH LISU
2-17: 41/2 inci (buat garisan menegak smpai ke garisan dada dan pinggul)
18: turunkan SEINCI dari garisan dada
19: naikkan 2 INCI dari garisan pinggul
20: SETENGAH INCI dari 17

BAHAGIAN ZIP
21: tambah SEINCI dari bahagian leher hingga labuh baju.

habis bahagian badan. smbung pulak bahagian lengan...



yg kt atas ni sbnanye pola lengan, sbnanye ade 2 cara. tp ikot yg paling simple la ea, haha.:)

LENGAN

0-1: labuh lengan
0-2: 31/2 melintang
2-3: garis menegak
0-3: ketiak (bahagi 2)
4-3/0-4: bahagi 2 bahagian, naikkan 1/2 untuk bulatan yg atas dan turunkan 1/2 untuk bulatan bawah (bentukkan)
5-6: naikkan 1/4 inci
1-5: luas bukaan lengan (bahagi2)

* bagi yg pen kaler BIRU tu, tu sbnanye basi baju @ lebihan baju. phmkan? maksudnye, korang kne potong baju tu cmpo ngn basi tu skali. sbb ukuran baju ni btol2x ukuran badan tanpa tambah basi.

leher baju ni ade byk pattern lagi. yg asas jus blaja leher bulat.  oke. buat mse ni, ni sje la yg mampu eden wat. yg tutorial cara nak membuat tu agak complicated sikit. korang bole la rujuk link2x lain. sekian..

Sebelum tu, cer tgok baju2x ni.



cantikkan? semuanye kat Green_APPLE Boutique. baju semua comel2x belaka. jom tgok.. n LIKE skali ye.






19 comments:

selina said...

salam.. thanks utk pola ni... :D
ermm, blh x klu akak tunjukkan cara nak jahit bahagian2 nih.. tq.. ;D

hunniefunnie said...

selina: bahagian yg mana tu? bole specifickan lagi x? maaf la lmbt reply ye.

Zue Al - Faizal said...

hai..
salam perkenalan dr sy..
http://sitizuridahyunus.blogspot.com

sy search tutorial bj kurung moden td..jmp post awk..thanks..nk blk try bt..hehe.. ;)

Anonymous said...

thank u so much..moga Allah bls jasa awak

Anonymous said...

Hi sis, thanks utk pola ni, tp sy still tak paham yang ketiak tu, cth 5-8 41/2 depan tu kira dari mane ye? Harap sis faham maksud saya

hunnie funnie said...

terima kasih sbb lawat blog saya.
salam perkenalan semua.
@zue al faizal
- selamat mencuba ya. buat baju ni senang sikit berbanding baju kurung biasa. :)

sis xphm bahagian ketiak tu ye, 5-8 4 1/2 depan tu tu maksudnye dr 5 ke 8 jaraknye 4 1/2 inchi. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya mntk izin nak guna ilmu yg awak share ni ye...halalkan ilmu ni ye..semoga awk bertambah urah rzeki lps ni..=)

Anonymous said...

Refresh balik..ilmu mnjahit..thnx a lot sis

Anonymous said...

Sis tumpang tya....utk lengan baju 2-3 turun brp inch ye...tq

hunnie funnie said...

maaf lmbt reply sis. hurm.. yg lengan tu, mmg garisan tegak dari 2-3, xde limit. bergantung kepada ukuran ketiak dari 0-3. :) terima kasih sbb lawat blog saya yg dah lama bersawang ni.. salam perkenalan. :)

Shara said...

Salam kenal.. menarik la pola ni.. senang nak follow..
Nak tanya.. bahagian pinggang belakang tu, berlainan dgn bahagian depan kat part 2-3 : ukuran pinggang ke pinggul yang 8 inci tu ek?

Gnit Ting said...

Salam perkenalan..tqvm..sbb bg tunjuk ajar

Miss Mya said...

Salam,

Tq for sharing. Nak tanya, mercu ke mercu tu apa yek?

miss sue said...

Salam perkenalan .. kite mintak izin copy paste yea .. kite creditkan hunnie :)

fizahakim said...

assalammualaikum...

baru nak blaja2 buat baju.saya amek nota ni wat rujukan ye.

terima kasih!

Amarza said...

Tq

Izzatul Akmal said...

Boleh tak buat tutorialkat youtube ?

Naja said...

Really helpful. Thanks dear :)

lynndamya said...

Salam, wahh ade bg pola dan explanation yg best ! tp sy tersangattttlag beginner..adoi~
tp nmpk mcm senang, chewahh~ thanx ya :D